Perbicaraan Kemalangan basikal lajak Johor Bahru

Pada 28 Mac, Sam dibicarakan dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik Johor Bahru atas pertuduhan memandu secara melulu dalam kemalangan tersebut berdasarkan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.[6]

Pada 28 Oktober 2019, Sam dibebaskan oleh pihak Mahkamah Majistret Johor Bahru tanpa diminta untuk membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan. Walau bagaimanapun, prima facie berjaya dibuktikan kemudian, dan pada 18 Febuari 2021, pihak Mahkamah Tinggi memerintahkan Sam untuk membela diri. Sungguhpun begitu, keputusan dibuat untuk mengekalkan kebebasan Sam pada 10 Oktober. Pada hari keesokannya, pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan terhadapnya. Pada April 2022, Sam dijatuhkan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 atas dakwaan pemanduan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.[6]